Masa sudah tiba untuk rakyat bangkit menghayati kembali erti perjuangan kemerdekaan yang bertunjangkan ketuanan rakyat dan menolak kepimpinan perasuah dan perompak harta benda. Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata ketuanan rakyat akan membawa kepada demokrasi matang di bawah naungan raja beperlembagaan.
“Kita mahukan demokrasi yang matang, bukan demokrasi yang tempang, bukan demokrasi yang kakinya dipatahkan oleh mereka yang terus ingin berkuasa meskipun telah tidak lagi didukung oleh rakyat,” kata Anwar dalam Pidato Kebangsaan bertajuk “Ketuanan Rakyat” di Shah Alam sebentar tadi.
Lebih 1,000 pemimpin PKR, ketua masyarakat, dan wakil kedutaan asing hadir mendengar ucapan Anwar pada ulangtahun pertama pilihanraya umum ke 12.
Pilihanraya bersejarah itu menyaksikan gagasan Pakatan Rakyat yang merangkumi Keadilan, PAS dan DAP menamatkan majoriti dua pertiga Barisan Nasional di Parlimen selain menubuhkan kerajaan di lima negeri.
Datuk Seri Anwar mengupas cabaran politik dan sosial, khususnya hubungan antara kaum yang terpaksa diharungi oleh rakyat dalam persekitaran kegawatan ekonomi yang membelit mereka dalam keperitan hidup harian.
“Di depan mata kita adalah krisis ekonomi yang paling dahsyat dalam sejarah bangsa kita,” kata Anwar. “Tetapi kita juga berdepan dengan rasuah, krisis undang-undang dan masalah hubungan kaum yang meruncing.” Anwar berkata segala krisis itu hanya boleh diselesaikan oleh rakyat. “Maka rakyat perlu perkasa dan berjiwa besar yang menuntut pengurusan bersih dari rasuah dan kezaliman; mampu menjana ekonomi dan perihatin dengan penderitaan rakyat.”
Merujuk kepada kegawatan ekonomi, Anwar berkata wujud kaitan jelas antara permasalahan ekonomi dengan pengurusan negara yang berpaksi kepada penyelewengan dan salah guna kuasa. “Beban rakyat bertambah akibat kebocoran atau ketirisan - kos air, elektrik dan tol meningkat,” kata Datuk Seri Anwar.
“Ini juga berpunca daripada kecurangan dan perjanjian memihak kepada pemodal dan membebankan rakyat samada konsesi tol lebuhraya atau janakuasa bebas (IPP)”.
Datuk Seri Anwar berkata BN sekian lama menangguk di atas keperitan rakyat miskin dengan memberikan sedikit bantuan yang hanya bertujuan mengetatkan kebergantungan rakyat terhadap bantuan remeh seumpama itu.
Pendekatan itu adalah politik murahan BN yang tidak berupaya melepaskan rakyat daripada putaran ganas kemiskinan dan oleh itu harus ditamatkan. Sudah tiba masa untuk rakyat menuntut program bantuan lebih berkesan yang merentasi kaum, umpamanya kredit mikro untuk masyarakat Melayu, bumiputera dan rakyat miskin.
“Kita perlu melakukan anjakan dalam dasar pembangunan desa dan pendekatan baru dalam menangani kemiskinan bandar,” kata Datuk Seri Anwar. .
Mengenai hubungan antara kaum, Datuk Seri Anwar berkata ketuanan rakyat perlu ditegakkan di atas prinsip persaudaraan sesama manusia, tanpa mengira warna kulit, keturunan, agama dan kepercayaan.
Beliau berkata perbedaan pendapat akibat daripada perbezaan agama dan budaya harus dilihat dari sudut positif supaya tidak menjurus kepada konflik dan kekerasan. Beliau berkata rakyat segenap lapisan harus menghantat mesej jelas menuntut UMNO berhenti menyebar fahaman melampaunya bahawa negara ini adalah milik satu kaum sahaja.
“Mereka sengaja memesongkan maksud sebenar falsafah negara kebangsaan itu demi kepentingan segelintir yang memerintah,” kata Datuk Seri Anwar.
Pemimpin BN memakai topeng nasionalis baru dan melalak isu perkauman secara sempit, semata-mata untuk mengaut keuntungan dan menzalimi rakyat, atas nama bangsa dan agama, kata Datuk Seri Anwar.
Datuk Seri Anwar berkata sudah tiba masa untuk menujukkan kepada rakyat apa yang menjadi pemisah antara kerajaan di dalam Pakatan Rakyat dengan Barisan Nasional. Beliau berkata rakyat, menerusi pilihanraya umum lalu, telah memberikan peluang jelas kepada Pakatan untuk mengotakan apa yang sering dilaungkan. .
“Kita menentang rasuah dan ketidakadilan. Kita menuntut agar kehakiman bebas, kita mahu pendidikan serta kebudayaan dimartabatkan. Kita mahu pengurusan ekonomi yang cekap, tadbir urus yang beramanah dan berwibawa, : kata Datuk Seri Anwar.
“Kita impikan sebuah negara yang makmur untuk semua,” tegasnya.Beliau berkata adalah “wajib” untuk Pakatan Rakyat menunjukkan kewibawaannya kepada rakyat yang menaruh harapan tinggi kepada gagasan itu.
Beliau berkata walaupun baru setahun jagung, Pakatan Rakyat sudah pun meletakkan asas-asas yang teguh membawa Agenda Ekonomi Malaysia di Perak, Selangor, Pulau Pinang, Kedah di samping meneruskan khidmat cemerlangnya di Kelantan. “Iltizam kita untuk melaksana tata urus yang baik tidak boleh dinodai.
Kita menyaksikan ianya dilaksanakan di negeri-negeri yang kita perintah. Kontrak diluluskan dengan lebih cekap dan telus. Tender adalah terbuka, cara memberi kontrak dalam gelap dan tempat ahli politik mengaut rasuah dari wang rakyat, sebagaimana yang dilakukan oleh pemerintahan BN, telah berlalu,” katanya.
Hasil pemerintahan beramanah dan telus, kerajaan negeri Pakatan Rakyat telah menjimatkan ratusan juta wang rakyat di samping memberi bantuan lebih besar kepada peniaga-peniaga kecil dan sederhana terutamanya kepada Bumiputera.
Meskipun ekonomi gawat, negeri-negeri seperti Pulau Pinang, Selangor dan Perak mencatat pelaburan tinggi manakala Kelantan mempunyai kadar rasuah dan kadar jenayah paling rendah.
Di Pulau Pinang pelaburan meningkat dua kali ganda dalam setahun, di Perak meningkat kepada RM 3.4 billion. Pelaburan di Selangor mencacat tertinggi dalam 9 tahun, sebanyak RM 11.87 billion dan telah mewujudkan 30,000 pekerjaan baru untuk rakyat Malaysia.
Selangor dan Perak turut mengurangkan beban rakyat di zaman kemelesetan ini dengan mengurangkan bayaran bekalan air.
Manakala Kerajaan Perak telah memberikan geran tanah kepada keluarga-keluarga yang layak secara adil termasuk untuk Orang Asli, Melayu dan Cina. Datuk Seri Anwar berkata Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat khususnya Selangor dan Kedah turut memberi tumpuan berat kepada pendidikan dengan menyediakan prasarana untuk sekolah semua kumpulan etnik.
Di Perak 1000 hektar tanah diberikan untuk sekolah agama rakyat dan sekolah jenis kebangsaan Cina. Di peringkat Parlimen, Pakatan Rakyat akan “ melakukan apa saja...untuk memastikan persoalan rakyat didengar dan diselesaikan,” kata Datuk Seri Anwar.
“Kita telah berulang kali menyebutkan mutu pendidikan kita yang merosot, kos kesihatan yang meningkat, harga barang yang melambung tinggi dan pengurusan masalah yang tidak bersepadu dan pentadbiran yang kucar kacir,” kata beliau.
Datuk Seri Anwar mengakhiri ucapannya dengan menjanjikan perjuangan untuk menyerlahkan ketuanan rakyat supaya perubahan yang terlaksana, walaupun menerima tentangan, tekanan dan asakan hebat Barisan Nasional tidak luntur.
“Jalan yang kita tempuh ini belum lagi berani diteroka sebelumnya. Sejarah menjadi saksi betapa ianya jalan berliku; penuh dengan segala macam cabaran dan tantangan,” kata Datuk Seri Anwar.
“Kita mungkin diserang dari segala arah, wakil kita mungkin sahaja diculik, namun yakinlah, kita tidak mungkin hilang arah tuju.”
http://mahasiswamalaysia.blogspot.com/ lagi...
Sunday, March 8, 2009
Friday, March 6, 2009
Pada 8 Mac 2009, Anwar Ibrahim akan menyampaikan Pidato Kebangsaan sempena meraikan sambutan setahun kejayaan Pakatan Rakyat dalam Pilihan Raya Umum ke-12 tahun lalu.
Pidato beliau akan menumpu pada isu-isu ke arah membina penyatuan rakyat Malaysia. Beliau juga dijangka akan mengumumkan pendekatan yang perlu diambil oleh pimpinan Pakatan Rakyat dalam menghadapi cabaran kemelesetan ekonomi serta perancangan mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan dan usaha meningkatkan mutu pendidikan negara.
___________________
On March 8th 2009 Dato Seri Anwar Ibrahim will deliver a National Address on the one year anniversary of the 12th General Elections in which the Pakatan Rakyat achieved unprecedented gains.
His speech will call for unity among the Malaysian people and declare a firm resolve on the part of the Pakatan Rakyat to work hard to face the challenges of the economic recession, create new jobs for Malaysians and improve access to quality education. He will also highlight the many successes achieved by Pakatan Rakyat governments in the five states to reduce corruption, increase investment and create jobs during a period when thousands of Malaysians have been left unemployed.
The speech, which will take place at the Majlis Bandaraya Shah Alam Auditorium, will be broadcast live on TV Antara. It is the first National Address since the March 2008 elections.
Sunday March 8th, 2009
4:30 PM (GMT + 8)
Wisma MBSA, Shah Alam, Selangor
WATCH LIVE ON TVANTARA
Sunday, February 8, 2009
Lokasi Rumah MB Perak

Peta Lokasi Rumah MB Perak, Hadirlah Beramai-Ramai !!
Di atas adalah map rumah MB. Geraklah petang nie untuk sampai sebelum pukul 8. Semua pemimpin PR akan ada di sana.
Print out map di atas. Jangan terlajak ke hotel Impiana pulak, rumah MB kat roundabout tu.
Posted by Edyes at 11:58 AM 0 comments Links to this post
Tuesday, January 27, 2009
Angakat dua belah tangan kata selender Rakyat

Jan 28 2009.
Tengku Ahmad Rithauddin Syor UNMO distruktur semula dengan mansuh sayap parti kiri dan kanan untuk atasi gejala politik wang. Kerana mereka belum sedar tentang kebencian rakyat yang tidak bolih dianggap ringan buat pemimpin UMNO belaiau berkata anak dan cucunya pun sudah tidak menerima kepimpinan serupa ini.
Bernama...
Mimpi di siang hari , mimpi yang tak sudah
MB Perak 'nyanyi lagu mimpi yang tak sudah'
Ekoran tindakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN) kawasan Bota, Datuk Nasharuddin Hashim keluar parti itu dan menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR), ia seolah-olah memberikan kekuatan baru kepada Menteri Besar Perak untuk terus melancarkan perang sarafnya.
Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin yang selama ini berhadapan dengan isu pemberian status tanah 999 tahun kepada penduduk Kampung Baru serta dikatakan menjadi Menteri Besar dibawah telunjuk DAP, menjadikan tindakan Nasharuddin itu sebagai peluru untuk menutup mulut lawan politiknya.
Terbaru, hari Isnin, beliau mendakwa tiga lagi ADUN BN di negeri itu akan melompat parti bagi menyertai pakatan pembangkang.
Malah bagi menguatkan hujahnya, ketiga-tiga ADUN berkenaan dikatakan sedang berbincang dengan pihak pakatannya.
“Kita sedang berurusan. Perbincangan mengenainya sedang berjalan,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Rumah Terbuka Tahun Baru Cina anjuran DAP Perak di Ipoh.
Malah beliau ketika ditanya siapakah ADUN yang terbabit berkata, semua ADUN yang terlibat adalah daripada UMNO.
Sementara beliau menyatakan rundingan sedang berlangsung, semua ADUN BN khususnya daripada UMNO telah berada di Kuala Lumpur bagi mengadakan pertemuan dengan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak.
Perang saraf Nizar tersebut mengingatkan bagaimana 16 September dikatakan tarikh keramat sejarah besar baru akan berlaku di Malaysia tetapi akhirnya berkesudahan dengan lagu Ibnor Riza “Mimpi Yang Tak Sudah”. – 26/1/2009

Saturday, January 24, 2009
Mesyuarat 23/1/09 Dikantin SUK Perak
Friday, January 23, 2009
Ringkasan perbincangan hari ini..23/1/09 bertempat dikafetaria SUK. Tunggu Perak bangkit pun tak sampai-sampai.
1. Program 'Bloggers carnival' telah diubahsuaikan namanya kepada KARNIVAL RAKYAT PERAK 2009., dengan tema "Dari Rakyat Untuk Rakyat"
2. Satu hari telah ditetapkan untuk memperincikan pengurusan dan aturcara program, dan telah dipersetujui, akan diadakan pada 27/1/09, jam 10 pagi. Tempat: Pejabat PKR Kuala Kangsar, Chandan Putri, Kuala Kangsar.
3. Program sulung Bloggers Network @ Perak, "Dialog Bersama Rakyat" akan diadakan di Beruas pada 21/2/09.
4. Mesyuarat tentang persiapan akan diadakan pada 6/2/09 di Beruas.
5. Selepas Beruas, program seumpama ini akan diteruskan di Gerik dalam bulan Mei.
6. Perbincangan tadi juga memutuskan supaya Bloggers Network menubuhkan sebuah Persatuan secara berdaftar. Nama yang dicadangkan ialah Persatuan KAMAR Perak. Sdr. Zawawi dan Sdr. Sulaiman Jaafar dipertanggungjawabkan untuk menguruskan hal ini.
7. Albanjari akan membuat kertas kerja tentang pengurusan ibu pejabat PBCorp.
8. Radio Bloggers Network @ Malaysia. Dah confirm dengan Asrol: dia tak boleh datang pada 27/1 ni..so..dia boleh datang pada 5/2, hari Khamis. Hari Jumaat (6/2)kita nak pergi Beruas. Pasai apa aku pilih hari Khamis.? Nanti malam nanti aku tulis lain...sekarang nak pergi meeting lagi kat Kuala.
9. Syarat keahlian Bloggers Network @ Perak: telah dipersetujui bahawa keahlian adalah menerusi recommendation ahli sedia ada. Salah seorang ahli sedia ada perlu mengenali seseorang blogger itu sebelum diterima menjadi ahli Bloggers Network @ Perak.
10. Jawatan Pramaya (Bendahari) telah kosong disebabkan Aloha telah memegang jawatan di Penang. Jadi..kita bersetuju untuk melantik Sdr. Abdul Malek Naina Mohamad (suami Bikir Perak) untuk memangku jawatan tersebut.
Ok...takat tu dulu..
Posted by matsamankati at 7:30 PM 1 comments

Friday, January 16, 2009
MELAYU MELARAT DITANAH BUMI SENDIRI
Hidup Melayu!
Nathaniel Tan & Nik Nazmi Nik Ahmad
16 Jan 09, 08 8:30pm
Kami setuju tanpa ragu-ragu bahawa kedudukan, martabat dan maruah orang Melayu kini kian terancam. Rakyat Melayu marhaen berada dalam posisi yang membimbangkan kerana semakin tertindas dan terpinggir dari segi ekonomi dan politik. Namun, soalnya, siapa yang menindas dan meminggirkan umat Melayu? Orang Cina? Kaum-kaum 'pendatang' lain yang sudah terlalu lama menjadi setinggan di Tanah Melayu? Parti Cinakah yang memimpin Malaysia semenjak Merdeka lima puluh tahun lalu sehingga sekarang? Apakah orang 'pendatang' yang menjawat jawatan tertinggi dari hari pertama Malaysia merdeka? Kesusahan yang dihadapi oleh orang Melayu sekarang sebenarnya kesusahan yang dihadapi setiap rakyat Malaysia pada saat gentar ini - ekonomi negara yang meleset, harga barang yang melambung, ketidakpedulian kerajaan dan pihak-pihak berkuasa terhadap cabaran yang dihadapi mereka setiap hari.
Punca masalah-masalah ini bukanlah perbezaan warna kulit atau agama; puncanya adalah pemimpin-pemimpin yang sanggup menggadai maruah rakyat dan bangsa untuk memperkayakan diri sendiri. Setelah lima puluh tahun berleluasa tanpa kawalan, pemimpin-pemimpin Umno telah mengabaikan cita-cita murni pejuang-pejuang kemerdekaan kita untuk membina Malaysia yang aman dan makmur untuk semua. Polemik kaum Tangan di depan menghunus keris kononnya untuk mempertahankan hak-hak Melayu, tangan di belakang merompak tanah Melayu, merompak saham Melayu, merompak sara hidup Melayu. Budaya rasuah kini meracuni setiap lapis pimpinan parti yang ditubuhkan untuk mengharumi masa depan bangsa sehingga laungan sahaja berbunyi "Melayu!" tetapi hati berbisik "Saya dahulu!" Sejarah dunia menyaksikan polemik kaum disalahgunakan pelbagai pihak - mahupun di Bosnia, Rwanda dan sebagainya - untuk mengutarakan nafsu politik yang rakus.
Api perkauman dinyalakan demi menghasut rakyat jelata antara satu sama lain; namun amat mudah untuk menjadikan orang yang berlainan warna kulit punca kesengsaraan satu bangsa. Sebagai generasi baru Malaysia, kita perlu sedar kepada kebenaran dan menembusi ilusi yang dicipta oleh golongan yang berkepentingan. Kesedaran ini boleh dikatakan susah untuk rakyat Malaysia, yang telah sekian lama diajar oleh kerajaan Barisan Nasional untuk melihat setiap masalah sosial dan isu politik dari sudut perkauman. Parti-parti politik yang berasaskan kaum sahaja akan terperangkap selamanya dalam wacana sempit di mana dosa-dosa dan penyelewengan individu-individu disembunyikan di belakang tabir perkauman.
Buktinya jelas; Umno sendiri mengakui bahawa tiga puluh tahun selepas perlaksanaan Dasar Ekonomi Baru, sasaran-sasaran untuk pembangunan taraf ekonomi Melayu masih gagal dicapai. Hidup mewah Adakah ini kerana orang Melayu sebenarnya malas manakala kaum-kaum lain rajin? Penjelasan ini tidak munasabah. Dengan jumlah penyelewengan sehingga berbilion-bilion ringgit oleh ahli-ahli politik Barisan Nasional, tidak hairan Dasar Ekonomi Baru gagal sama sekali. Dasar yang diasaskan dengan matlamat membangunkan rakyat Melayu marhaen diselewengkan sehingga hanya kelompok kecil sahaja yang memperoleh keuntungan dari dasar-dasar tersebut. Sehingga hari ini, mustahil ternampak seorang pemimpin tinggi Umno yang tidak hidup mewah dengan mahligai dan kereta-kereta besar.
Jelas, nasib Melayu tidak semestinya terbela oleh parti-parti politik yang bertopengkan nama Melayu sahaja, tetapi oleh pemimpin-pemimpin tanpa mengira kaum yang jujur dan berwibawa. Maruah bangsa Melayu hanya dapat dijamin apabila parti yang terbukti gagal mengangkat martabat bangsa diganti dengan saf pimpinan yang baru. Keputusan pilihanraya umum Mac 8 juga jelas menunjukkan bahawa rakyat jelata sedia menolak politik perkauman yang digunakan untuk menutup budaya rasuah yang telah menghancurkan ekonomi negara dan membebani rakyat. Sedihnya, golongan politik yang telah mengekalkan sistem ini yang bankrap moralnya kini enggan melepaskan kuasa dan menerima pilihan rakyat.
Mereka berdegil dengan memainkan politik perkauman yang telah jelas ditolak oleh rakyat dalam pilihanraya umum ke-12. Pada bulan Mac, orang Melayu tidak takut untuk mengundi DAP dan orang bukan Islam tidak takut untuk mengundi PAS. Keberanian mengundi sedemikian, walaupun isu-isu perkauman masih dimainkan oleh Barisan Nasional, adalah kerana rakyat berikhtiar untuk merealisasikan harapan untuk membentukkan sebuah Malaysia di mana kepentingan rakyat dipelihara; harapan bahawa dengan kerajaan yang telus dan prihatin akan melahirkan sebuah Malaysia yang mana semua rakyat terbela.
Di bawah pimpinan Umno, tidak kira ideologi asal yang kini sudah tercemar dan terabai, orang Melayu akan terperangkap dan tidak mungkin maju dan berdikari. Parti-parti yang berulang-ulang terbukti gagal menjaga kedudukan orang Melayu di mata dunia harus diganti sebelum terlambat. Nathaniel Tan merupakan pengendali blog www.jelas.info. Nik Nazmi Nik Ahmad merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri Seri Setia dan Exco Angkatan Muda Keadilan Malaysia.
Blognya boleh dicapai diwww.niknazmi.com

Subscribe to:
Posts (Atom)
Blog Archive
About Me
- CIKMAN
- Sulaiman Hj Japar. No 56c Jalan Suda Setia, Air Suda. 33300 Gerik Perak Malaysia