Saturday, January 24, 2009

Mesyuarat 23/1/09 Dikantin SUK Perak

Friday, January 23, 2009
Ringkasan perbincangan hari ini..23/1/09 bertempat dikafetaria SUK. Tunggu Perak bangkit pun tak sampai-sampai.

1. Program 'Bloggers carnival' telah diubahsuaikan namanya kepada KARNIVAL RAKYAT PERAK 2009., dengan tema "Dari Rakyat Untuk Rakyat"

2. Satu hari telah ditetapkan untuk memperincikan pengurusan dan aturcara program, dan telah dipersetujui, akan diadakan pada 27/1/09, jam 10 pagi. Tempat: Pejabat PKR Kuala Kangsar, Chandan Putri, Kuala Kangsar.

3. Program sulung Bloggers Network @ Perak, "Dialog Bersama Rakyat" akan diadakan di Beruas pada 21/2/09.

4. Mesyuarat tentang persiapan akan diadakan pada 6/2/09 di Beruas.

5. Selepas Beruas, program seumpama ini akan diteruskan di Gerik dalam bulan Mei.

6. Perbincangan tadi juga memutuskan supaya Bloggers Network menubuhkan sebuah Persatuan secara berdaftar. Nama yang dicadangkan ialah Persatuan KAMAR Perak. Sdr. Zawawi dan Sdr. Sulaiman Jaafar dipertanggungjawabkan untuk menguruskan hal ini.

7. Albanjari akan membuat kertas kerja tentang pengurusan ibu pejabat PBCorp.

8. Radio Bloggers Network @ Malaysia. Dah confirm dengan Asrol: dia tak boleh datang pada 27/1 ni..so..dia boleh datang pada 5/2, hari Khamis. Hari Jumaat (6/2)kita nak pergi Beruas. Pasai apa aku pilih hari Khamis.? Nanti malam nanti aku tulis lain...sekarang nak pergi meeting lagi kat Kuala.

9. Syarat keahlian Bloggers Network @ Perak: telah dipersetujui bahawa keahlian adalah menerusi recommendation ahli sedia ada. Salah seorang ahli sedia ada perlu mengenali seseorang blogger itu sebelum diterima menjadi ahli Bloggers Network @ Perak.

10. Jawatan Pramaya (Bendahari) telah kosong disebabkan Aloha telah memegang jawatan di Penang. Jadi..kita bersetuju untuk melantik Sdr. Abdul Malek Naina Mohamad (suami Bikir Perak) untuk memangku jawatan tersebut.


Ok...takat tu dulu..
Posted by matsamankati at 7:30 PM 1 comments

No comments:

Blog Archive

About Me

Sulaiman Hj Japar. No 56c Jalan Suda Setia, Air Suda. 33300 Gerik Perak Malaysia